Salah Hitung

maalan_tamil_writer

Thappu Kanakku by Maalan translated into Malay

“Salah Hitung

Maalan

Janani tidak sabar menantikan ketibaan datuknya.
Dia ingin menanyakan satu soalan yang penting kepadanya. Soalan yang harus dikemukakannya ialah sama ada jawapannya betul atau salah?
Janani mengambil kertas ujiannya sekali lagi dan merenunginya. Terdapat satu garisan dakwat merah di atas jawapannya. Satu angka sifar yang besar tertulis pada ruang pinggir bersebelahannya. Benak Janani yang berusia empat tahun sangat sedar akan makna angka sifar tersebut – iaitu jawapan yang diberinya salah. Bagaimanakah jawapan ‘7 x 2” “= 14’ salah? Itulah yang membuatnya musykil.
Janani baru sahaja menyambut hari lahirnya yang keempat bulan lalu. Tetapi dia agak cerdik berbanding kanak-kanak lain seusianya. Tangannya tidak dapat duduk diam lebih daripada 30 saat sebelum melakukan suatu kenakalan. Mulutnya sentiasa petah bertanyakan soalan-soalan seperti – “Kenapa laut berwarna biru?”, “Kenapa pokok berwarna hijau?”, “Dari manakah asalnya kertas-kertas kilat?”, “Adakah lembu yang dibasahi hujan akan diserang demam?”, “Bagaimanakah komputer tahu segala-galanya?” dan, “Adakah Tuhan itu sebuah komputer?”
Menjawab soalan-soalan Janani yang begitu banyak bagaikan melontar seketul batu ke arah sarang”
“ebah. Setelah suatu soalannya dijawab, dia seringkali tidak akan berpuas hati. Dia akan bertanyakan serangkai soalan-soalan yang lain. Apabila dia mula bertanyakan soalan-soalannya yang bertubi-tubi, ayahnya akan berkata “Cukuplah tu, sayang,” atau ibunya akan berkata, “Kau tak sepatutnya cakap begitu, sayang.”
Tetapi datuknya akan menjawab semua soalan Janani tanpa berasa jengkel atau penat. Datuknya akan menjawab soalan-soalannya dengan bersemangat, seolah-olah dia sendiri yang inginkan jawapan. Dengan perlahan-lahan, datuknya mengajarnya bagaimana memikirkan jawapan-jawapannya sendiri. “Fikir di luar kebiasaan dan kamu akan temui jawapannya,” dia memberitahu cucunya. Dia mengajarnya”
“ebah. Setelah suatu soalannya dijawab, dia seringkali tidak akan berpuas hati. Dia akan bertanyakan serangkai soalan-soalan yang lain. Apabila dia mula bertanyakan soalan-soalannya yang bertubi-tubi, ayahnya akan berkata “Cukuplah tu, sayang,” atau ibunya akan berkata, “Kau tak sepatutnya cakap begitu, sayang.”
Tetapi datuknya akan menjawab semua soalan Janani tanpa berasa jengkel atau penat. Datuknya akan menjawab soalan-soalannya dengan bersemangat, seolah-olah dia sendiri yang inginkan jawapan. Dengan perlahan-lahan, datuknya mengajarnya bagaimana memikirkan jawapan-jawapannya sendiri. “Fikir di luar kebiasaan dan kamu akan temui jawapannya,” dia memberitahu cucunya. Dia mengajarnya”
“bagaimana sesuatu perkara akan kelihatan berbeza sekiranya direnungi dari sudut yang lain. Dia akan menekan angka ‘7’ pada kalkulator, menterbalikkannya dan memberitahunya bahawa ia adalah huruf Tamil ‘ட’. Dia akan menekan angka ‘3’, menterbalikkannya dan memberitahunya bahawa ia adalah huruf ‘E’. Dia akan mengatakan bahawa angka sifar adalah huruf ‘O’.
Jika Janani bertanyakan pada datuknya, pasti datuknya tahu mengapa jawapan yang diberinya dianggap salah.
Datuknya terkejut sebaik sahaja dia melihat kertas ujian tersebut. “Apa? Sifar?” Apakah soalannya? Tunjukkan datuk kertas soalannya.” Dia mengambil kertas soalan tersebut dan membacanya dengan lantang.”

“Ada tujuh hari dalam seminggu. Ada berapa hari dalam dua minggu?”
Dia membuka buku jawapan Janani. Jawapan yang diberi ialah ‘7 x 2 = 14’.
Guru Matematiknya telah memangkah jawapannya sebagai salah dengan dakwat merah. Ada angka sifar yang besar dalam ruang pinggir bersebelahannya.
“Salahkah jawapannya, datuk? Bagaimana boleh salah?”
“Itulah yang membuat datuk musykil juga.”
Pada esok hari, datuk Janani mengambil cuti rehat daripada bertugas. Dia menemani Janani ke sekolah. Kemudian dia bersemuka dengan guru Matematik Janani dan menunjukkan kepadanya kertas ujian yang dibawa bersama.
“Apakah yang silap di sini, puan?”

“Guru tersebut melirik kepada kertas itu tanpa mengambilnya daripada tangan Datuk.
“Oh! Yang ini?”
“Kenapa ia salah?”
“Ia memang salah.”
“Bagaimana mungkin…”
Guru tersebut mengangkat tangannya dan memotong percakapan datuk Janani.
“Saya akan menerangkan sebabnya. Kami telah jelaskan huraian yang tepat kepada masalah ini dalam kelas.”
“Bagaimana?”
“Terdapat tujuh hari dalam seminggu. Dari itu, dalam dua minggu terdapat 2 x 7 = 14.”
“Okay. Tapi adakah salah jika anak ini menjawabnya sebagai 7 x 2 = 14?”
“Ia memang salah. Dia harus menjawab menurut cara yang kami”

Excerpt From: Maa“ajarkan kepadanya dalam kelas. Adalah salah memberi jawapan 7 x 2 = 14 sedangkan kami telah mengajarnya 2 x 7 = 14.”
“Tapi itu tidak adil, puan!” datuk Janani meneriak. “Saya akan adukan kepada guru besar.”
“Silakan,” kata guru tersebut dengan selamba.
Guru Besar tersebut menanggalkan cermin matanya lalu menggantikannya dengan cermin mata untuk membaca. Kemudian dia membelek kertas soalan dan naskhah jawapan tersebut. Dia mendengar dengan penuh teliti segala yang dikatakan oleh datuk Janani kepadanya.
“Tunggu sebentar ya. Saya akan fikirkan masalah ini,” katanya.
Guru Matematik Janani dipanggil ke pejabat. Dia datang membawa”
“Buku Latihan Matematik bersamanya, seolah-olah telah menjangkakan bahawa dia akan dipanggil.
“Apakah ini?” Guru Besar tersebut bertanya kepadanya.
“Tuan, kami telah huraikan masalah ini dalam kelas.”
Guru tersebut meletakkan Buku Latihan Matematik itu ke atas meja guru besar dan membukanya.
“Tetapi murid tersebut tidak menuliskan jawapan yang sama semasa ujian.”
“Apa bezanya? Adakah itu menjadikan 7 x 2 = 14 salah?” datuk Janani bertanya dengan marah.
“Sepatutnya tidak. Walaupun begitu, soalan ini diajukan untuk mengenalpasti sejauh mana seseorang murid menumpukan perhatiannya dalam kelas,” kata guru tersebut.
“Saya minta maaf, tuan. Saya dap”
“dapat membuat kesimpulan di sini yang cucu tuan kurang memberi tumpuan dalam kelas. Saya harap tuan dapat menegur kesilapannya,” kata guru besar tersebut.
Datuk Janani bingkas berdiri, menolak kerusinya ke belakang.
Untuk bertemu dengan Pegawai Pendidikan, seseorang harus menunggu lebih dari dua jam. Datuk Janani berehat di sebuah bangku yang diletakkan di koridor sambil melihat beberapa orang keluar masuk ke bilik pegawai tersebut bersama timbunan dokumen yang memerlukan tandatangannya. Pegawai tersebut mengundang datuk Janani ke pejabatnya setelah menghabiskan semua kerjanya beberapa minit sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.
Dia memulakan bicara dengan”
“Saya harus keluar segera. Sila katakan apa yang encik mahu dalam masa lima minit, ya.”
Datuk Janani mula menceritakan semua yang berlaku seberapa cepat mungkin, tetapi dia dicelah oleh pegawai tersebut sebelum dia sempat menghabiskan hujahannya.
“LKG, UKG (Tadika Rendah, Tadika Atas)… ini tidak berada dalam skop pemantauan kami”, katanya.
“Baiklah, barangkali benar. Tetapi tidakkah tuan rasa ini tidak adil?”
“Apa?”
“Memberikan jawapan yang betul angka sifar?”
“Saya tidak boleh katakan yang jawapan cucu encik salah sama sekali. Ia separuh betul.”
Datuk Janani berfikir sejenak tentang kenyataan yang dibuat pegawai tersebut.
“Bolehkah tuan berikan saya sepu”

“sepucuk surat mengatakan bahawa jawapannya adalah separuh betul?”
“Kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam bentuk tulisan, encik.”
“Yang 7 x 2 = 14?”
“Usah salah anggap. Pertama sekali, perkara ini di luar penguasaan saya. Ia di luar pemantauan saya. Kedua, Gandhiji (Mahatma Gandhi) juga telah mengatakan bahawa bukan sahaja matlamat seseorang itu mesti betul, malah caranya juga mesti betul.”
Datuk Janani tidak dapat memutuskan sama ada dia harus membawa perkara ini langsung ke pihak atasan sehingga ke tahap Menteri. Sebelum pergi ke tahap setinggi itu, dia rasakan perlu berbincang dengan ibu bapa Janani terlebih dahulu. Malah, mereka mungkin akan”
“marah kerana dia telah mengambil tindakan sejauh itu bersendirian tanpa berunding dengan mereka. Mereka mungkin gusar kerana baik atau buruk, anak merekalah yang harus menanggung kesan daripada tindakannya. Namun begitu, tentu sahaja mereka bukannya tidak berperasaan sehingga sanggup mengabaikan ketidakadilan yang serius yang dibuat ke atas anak mereka. Oleh itu, dengan perlahan dia menceritakan peristiwa tersebut pada malam itu sewaktu makan malam.
“Gurunya mungkin silap, ayah. Tapi, kenapa Janani tidak menjawab sepertimana yang telah diajar?” kata ayah Janani.
“Ya, dia tidak buat begitu. Jadi, adakah itu salah?”
“Tapi kenapa dia tak buat begitu?”

“ibu Janani bertanya.
“Tolong tanya dia.”
“Janani,” ayahnya memanggil dengan nada mengancam.
Anak itu berlari ke arahnya sambil berkata, “Ya, ayah”.
“Ada tujuh hari dalam seminggu. Ada berapa hari dalam dua minggu?”
Janani kehairanan memikirkan mengapa ayahnya menanyakan soalan sama yang ditanya oleh gurunya dalam ujian. “Empat belas,” jawabnya dengan sedikit ragu-ragu.
“Bagaimana begitu?”
“Tujuh kali dua adalah empat belas.”
“Mengapa tujuh kali dua? Seminggu ada tujuh hari. Jadi, dua kali tujuh, bukan?”
“Tidak, datuk. Dalam seminggu ada satu Ahad, satu Isnin, dan satu Selasa dan seterusnya… Semuanya”
“tujuh hari. Dalam dua minggu ada dua Ahad, dua Isnin…” dia mula mengira menggunakan jari-jarinya. “Jadi, tujuh hari. Setiap hari dua kali. Itulah sebabnya tujuh kali dua.”
“Bagus!” ujar datuk Janani.
“Ini yang dikatakan berfikir di luar kebiasaan. Seluruh kelas meluahkan kembali secara membuta tuli apa yang telah diajarkan oleh guru mereka. Tapi kamu menggunakan akalmu untuk menghuraikan masalah tersebut. Inilah yang dinamakan daya cipta! Inilah kebijaksanaan!” Datuk Janani melonjak kegirangan.
“Jangan terlalu bergembira, ayah. Ini sesuatu yang harus dibimbangkan.”
“Apa maksud kamu?”
“Ingat yang dia seorang anak perempuan… Anak perempuan”

“yang berfikir secara berbeza daripada apa yang telah diajarkan kepadanya. Apabila dia meningkat dewasa, dia akan bertanyakan banyak soalan. Dia akan mempersoalkan semua adat istiadat dan fahaman kita yang lama. Disebabkan dia berfikir secara berbeza, dia akan terluka nanti. Jika dia tidak dapat menyesuaikan diri dalam lingkungan masyarakatnya dan dunia yang lebih luas, dia bukan sahaja akan sengsara, malah orang lain juga akan turut sengsara.
“Jadi, bagaimana?”
“Hey, jawab saja soalan Matematik kamu sepertimana gurumu mengajar kamu. Jangan cuba memandai-mandai, okay?” kata ayah Janani sambil bangkit dari meja makan.
Datuk Janani memandangnya tanpa berkelip mata buat seketika, lalu”
“bangkit dan memeluknya.
Air mata bergenang di matanya

 

Thappu Kanakku in translation into Malay
Courtesy : Read Singapore!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Posts

Maalan Books

Categories

Maalan Narayanan

Maalan Narayanan, born on September 16, 1950, is a well-known journalist and media personality who has also received recognition from the Literary Academy. He serves as the mentor of the magazine named “Puthiya Thalaimurai”. Previously, he has worked for prominent Tamil magazines such as India Today (Tamil), Dinamani, Kumudam, and Kungumam. He has also been actively involved in online journalism through platforms like Sun News and as a mentor for the direction of online journalism.